Pages

Thursday, March 31, 2011

♥ Kisah Nyamuk ♥



Thank You !!!


Wah !!! dah lama tak update blog... bukan sebab frust putus cinta@putus cinta-cinta yer... memang ada hal yang lebih penting yang perlu diberi keutamaan berbanding mencoret di blog ini.. emmm... hampir sebulan jugak! apa la agaknya cerita sepanjang ‘berdiam’ diri dari blog ni yer?

Bermula dari seorang kawan di perantauan yang meminta sedikit bantuan yang memerlukan komitmen masa.. memandangkan aku ‘freeeeee’ maka aku terus bersetuju untuk membantu mana yang patut... Alhamdulillah, aku mampu membantu sehingga selesai tugasan dengan izin-Nya... =)

Sebenarnya aku tidaklah mengenali beliau dengan dekat (berbanding dengan kawan2 yang lain, aku kenal mak ayah..adik beradik serta sorang dua sedara mara)... tapi dengan beliau, ia adalah sekadar teman sekelas di zaman Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel... waktu tu, aku sangat kagum dengan kebijaksanaan beliau.. beliau memang bijak... sehingga kini pun, aku masih merasakan beliau sangat bijak... bijak dan istimewa... seperti 1 dalam 1000 kot beliau ni... (mak ayah aku pun tak kenal beliau.. cuma kenal nama nya serta gelaran... si A yang bijak tu?).. macam tu la soalan mak aku kalau aku ada bercerita pasal beliau...

Aku antara beberapa orang kawan lain yang berpeluang membantu beliau... walau sikit, sudah membuatkan rasa diri ni berguna... ye lah... bayangkan saja kalau big boss kita percaya pada kemampuan kita dan serahkan special project kepada kita, pastinya kita rasa seronok! Sebab kepercayaan adalah sesuatu yang memang tak boleh dibeli.. seperti juga kepercayaan dan keyakinan aku terhadap beliau... walau tak kenal rapat, tapi hati aku ada satu keyakinan pada beliau sejak zaman sekolah lagi... ada sesuatu gitu...(rasanya beliau pun tak pernah sedar akan hal itu)... panjangnya intro pasal beliau... mesti korang pening baca... apa motifnya kan? =)

Motifnya... nak cerita sepanjang tempoh membantu beliau, banyak la perkara-perkara pelik yang berlaku... Cuma di sini, nak kongsi satu je cerita.. tentang nyamuk... hehe.. baru sentuh tajuk yer?... sepanjang tempoh tu, aku dapati tak de seekor pun nyamuk yang mengganggu untuk siapkan tugasan aku... setelah selesai jer, maka malam-malamku seperti biasa, didatangi tetamu malam yang tak dijemput itu... ohhh...

MasyaAllah !!! besar sungguh kuasa Allah... membantu beliau, sehingga nyamuk pun “dilarang” mengganggu aku dalam menyiapkan tugasan tersebut! Indahnya hidup dilindungi Allah.. bagaimanakah peribadi beliau dengan Allah sehingga aku rasa tempias nikmat dilindungi dari nyamuk... yer.. nyamuk yang kecik itu tetap boleh menjadi perkara yang annoying... tanpa nyamuk, aku boleh tidur lena untuk caj tenaga yang perlu diguna lagi esok hari.. bayangkan dengan gangguan nyamuk, hehee... sendiri mau ingat! maka wujud la >>> jangan kerana nyamuk seekor, kelambu dibakar... gggrrrr... Teringat antara kata-kata beliau... 

“hidupku, matiku hanya kerana Allah...”

Maka aku buat kesimpulan, dengan sebab itu lah tugasan tersebut berjalan dengan lancar walau pada logik akal fikiran manusia, tugasan tersebut tak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.. kami tawakkal hanya pada Allah... yakin sepenuhnya dengan kuasa Allah, semua boleh berlaku... dan... sekarang semua telah selesai dengan izin dan rahmat Allah.. Alhamdulillah..

Aku... tumpang gembira kerana berpeluang menyumbangkan ‘tenaga’ yang tak seberapa... kembali relate kepada blog ini yang ingin perkongisan kecantikan, semoga kecantikan bukan sahaja pada rupa tapi juga kecantikan peribadi kita semua.. Amin....


...Thank You... 
♥♥♥