Pages

Friday, November 25, 2011

♥ Aku dan Kertas ♥

Thank You!

Ada masa sikit nak buat entri baru. Tapi ni projek kertas yang dah berkurun. Projek masa kawin adik aku bulan 5 hari tu. Kira satu batch dengan kotak2 comel tuuuu... yang ni tercicir plak. Selamat melihat yer... :-)

Bahan-bahan:

Kertas pembalut hadiah (aku guna terbalik)
Pensil
Pembaris
Gam
Cutter
Gunting Corak 
Stapler
Riben (untuk hiasan)
Printer (untuk print nama pengantin!)




Hasil Akhir ;-)

Sebenarnya idea ni terhasil dari melihat video dari Youtube. Banyak kat situ DIY gift bag yang kita boleh belajar. Ini video yang aku refer masa nak buat projek ni... Comel kan??? :-)


Suka sangat barang-barang yang dia guna. Macam stamp tu. Kat mana yer nak dapat kat sini? 


...Thank You... 

♥♥♥


Tuesday, November 15, 2011

♥ Aku dan Masa ♥

Thank You!!!


Memang! Lama giler tak update blog. Sebenarnya ada je aktiviti tapi nak update kat sini macam tak sempat. Oh! Masa sungguh cepat berlalu...


Sekarang ni aku rasa macam-macam. 


1- nak jahit langsir
2 - nak buat almari
3 - nak bela kucing
4 - nak tanam pokok
5 - nak buat kotak lagi
6 - nak melepak malam 
(ada sesapa yang nak jadi tukang teman?)
7 - nak bercuti ke Johor 
(nak jumpa kawan lama)
8 - nak ambil kelas Mandarin
9 - nak ambil kelas buat kek/cookies
10 - nak join group sukarelawan
11 - MACAM-MACAM LAGI la..... hihihihi


********************************************

tapi semua tu belum lagi terlaksana... yang dah buat pun cuma:



1 - buat dadih





2 - melepak hujung minggu dengan ex-schoolmates
(main masak-masak spageti/puding caramel/kek coklat)





cuba teka aku yang mana satu?



3 - volunteer jadi penyambut tetamu di event senior

Izan~ Staf senior. I tukang sibuk kat meja ni la... lalalala

Pengetua sedang berucap~ Senior I la tu... :-)
Lepas setel, menghadap makanan. Lagi makanan? Makanan lagi?
dapat la jugak cenderahati untuk kenangan :-)

************************************************


Inilah antara aktiviti yang sempat direkod. InsyaAllah kalau ada projek lagi, boleh le update blog ni lagi. Semoga aku lebih bijak menguruskan MASA. Demi masa~

Sekarang dah akhir 2011... sungguh cepat masa berlalu, kan? 




...Thank You... 

♥♥♥