Pages

Tuesday, June 28, 2011

♥ Kuku Palsu ♥

Thank You!!!


Setelah 2 siri kisah cinta kawan2, yang lagi 4 kena tunggu dulu... feel tak sampai nak bercerita tentang itu... ;-)

Jadi... feel nya tentang apa yer hari ni? Oppsss... sebelum tu.. dalam2 seronok menaip entri lepas2, sebenarnya, bila baca bali, masyaAllah!!! tatabahasa berterabur... spelling jangan cakap la... kalau hantar kat cikgu BM, konfem merah jer ler... minta maaf la banyak2 yer... kira coretan ini dalam coretan bahasa pasar la yer... 

Okes!!! berbalik kepada topik hari ini... KUKU PALSU... nampaknya, aku dah terjatuh hati dengan kuku palsu ni... tapi rupanya kat Malaysia ni susah nak jumpa jual online... yang banyak nya kat Indon... mmm... kat mana yer nak cari stok yang banyak kat KL... betul2 jatuh hati ni... ;-)






hohoho... yang ni aku dan housemate beli last week... nak ngetest.... 
tapi blom pakai lagi....
erk... kami konfius, macam mana nak buat keje kalau kuku panjang macam ni...
huhuhu... "cantik itu seksa"




Nampaknya, bila aku mula buat sesuatu di luar tabiat, apakah maknanya? hehehe... aku sorang je yang tau... 


p/s : ada sesiapa tau kat mana nak dapat stok2 benda2 macam ni? in love ~


...Thank You... 
♥♥♥


Thursday, June 23, 2011

♥ Tentang Cinta 2 ♥

Thank you!!!

hari ni bukak balik gambar2 lama... memang rindu sangat... masa dulu rasa seronok sangat... best!!! masa tu tak de masalah pun... yang paling teruk pun masa nak exam... baru sibuk nak studi... kalau paper hari esok, hari ni baru sibuk2 cari nota... pastu, mula la menilik... menilik soalan mana yang keluar... wahaha!!!kalau nasib baik, soalan tilikan tu masuk, alhamdulillah... kalau tak, mmm... belasah ajer la...

so, ni nak sambung Tentang Cinta 2 plak... cerita tentang Siti... pun bukan nama sebenar... ;-)



Siti

Tentang Siti... boleh dikatakan glamer... ramai yang suka dia... mula2 register kat ITM Perlis, dah ada orang usha dia... classmate jugak la... mamat ni memang gentleman la... terus approach... hmmm... si Siti ni layan la... lagipun, macam mana nak elak... dah sah2 dia tu classmate, satu group plak tu... hubungan dorang ada lah sampai ke UiTM Shah Alam jugak... lama la jugak... tak silap aku, 4 sem jugak... 2 sem di Perlis, 2 sem di Shah Alam... macam mana terputus? mmm... mamat ni kena tendang sebab tak lulus math... 

Setahu aku, Siti bukan suka sangat kat mamat ni... ada sikap yang Siti tak suka... dan, aku kira Siti terselamat la dari "kongkongan" mamat ini selepas dia kena tendang... aku pun tak de la berdiskus secara panjang lebar tentang hal-hal cinta dorang....

Kemudian seingat aku, dia bercinta dengan seorang senior tapi dari course lain iaitu Civil Engineering... aku kira, agak serius hubungan dorang memandangkan aku pernah terdengar yang dia bercerita tentang abangnya pernah jumpa lelaki ini... dan abangnya yang bersikap protektif itu bertanya kat pakwe barunya ini adakah benar2 serius atau sekadar main2? dan jawapan lelaki itu pastinya, Ya.. Saya serius.... ahaks!!!

Tamat diploma, Siti tukar course... dari Sains Geomatik ke QS... Masih bercinta dengan pakwe dia tu... aku tak pasti waktunya, tapi tetiba aku dapat berita yang dia dah putus... rupanya ex dia tu adalah tunangan orang! adus... kenapa boleh jadi macam tu? Siti pergi jumpa tunang ex nya untuk kepastian... rupanya, selama ini, tunangnya ini la yang duk menyara ex Siti... huhu... dua2 kesian kan... Siti kena tipu perasaan... Si tunang plak, kena tipu duit.... 

Aku betul2 respek Siti... pada hari perkahwinan ex dia ni, dia pergi saja nak tayang muka... plus, dia nak bagitau yang rahsia ex dia ni dah terbongkar... Sepandai-pandai tupai melompat.... Pada aku, Siti ni memang cekal... dah la kena tipu, masih gagah untuk berdepan dengan semua tu... kalau aku? konfem tak sanggup nak tengok muka lelaki yang sengaja menghancurkan hati...

teringat masa dia mula2 putus, Siti, aku dan seorang lagi kawan pergi menjerit kat Konsert diRaja di Stadium Melawati Shah Alam.. kebetulan masa tu Aishah menyanyikan lagu, JANJI MANISMU... mmm.. elok benar la...


Aishah

Janji Manis Mu 

Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan

Hati membeku mengingatkan

Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang

Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan...


Kemudian... Siti bercinta dengan ex classmate kami masa diploma... rupanya mamat ni dah lama suka kat dia... cuma, dia bagi peluang kat mamat yang first tadi... ye la... kawan2... sekelas... teman makan minum... macam tak sanggup betray kawan sendiri la ni... :-)

Dorang bercinta sehingga Siti sambung master... sebelum submit final tesis, Siti bertunang... Dorang kahwin selepas Siti grad... sekarang, anaknya dah 2... Alhamdulillah...

Pada pengalaman aku sepanjang bersama, kisah Siti tidaklah complicated seperti Ayu.. Tapi dia masih digelar seorang wanita yang GAGAH... Gagah kerana aku tau hati dia yang baik, tapi telah ditipu lelaki yang tak bertanggungjawab... itulah perjalanan yang Siti perlu tempuhi... dan aku kira, sangat berbaloi sekarang kerana dia sangat bahagia dengan lelaki yang terakhir hadir dalam hidup dia... 


p/s: next, kisah siapa???


...Thank You... 
♥♥♥

Wednesday, June 22, 2011

♥ Tentang Cinta 1 ♥

Thank You!!!






memang dah lama sangat2 tak menaip... banyak hal yang berlaku, tapi tak sempat nak update status2 terkini... tapi dalam otak masih lagi berkira2 topik yang nak dikongsi... topik biasa, cuma pengalaman masing2 yang membezakan...

cerita hari ini... "Tentang Cinta"... kenapa topik ini yer? mmm... sebab topik ini dalam fikiran aku semenjak dua menjak ini... dan juga, ditambah lagi dengan satu berita terkini yang aku dapat dari seorang kawan seperjuangan (teman kongsi makan, teman tempat pinjam duit, teman bergaduh, teman buat kerja gila2, teman studi yang paling sikit... dan teman macam-macam la... ;p)

kisahnya... kisah cinta KAMI... kebanyakannya berlaku di UiTM... tempat lecturer curahkan ilmu, tapi kami tadah sikit2 jer!!! adussss....

6 KAMI dengan 6 Tentang Cinta... semua bukan nama sebenar yer!




Ayu

Ayu, masa aku kenal tahun 1999, dia dah ada pakwe... bercinta sejak form 4.. kiranya masuk UiTM masa tu, dia dah bercinta 2 tahun la... pakwe dia ni sanggup buat apa saja untuk dia... sehingga la kami tamat diploma... dalam tempoh yang aku kenal mereka, biasa la.. ada jugak badainya.. perkara biasa kan???

Sewaktu cuti semester sebelum kami lanjutkan ke peringkat degree, dia call aku.. katanya dia dah bertunang.. tapi bukan dengan pakwenya.... dengan mamat yang suka gila2 kat dia... oh!!! Ayu.. Ayu... ko memang buat benda mengejut... tak pernah aku dengar yang dia suka kat mamat ni... cuma mamat ni suka/sayang giler kat dia... dia cuma layan mamat ni macam kawan.. mmm.. tak pe la.. dah jodoh dorang yer...

Semasa degree, tunang dia ni pun seorang yang jenis sanggup buat apa saja untuk Ayu... memang gila la... kadang2 aku rasa, Ayu ni cukup bertuah... kalau dengan ex-bf dia dulu, dah kira bertuah la... dengan tunang dia ni lebih bertuah! Rezeki ker? 

Yang aku tahu, Ayu menerima tunang dia ni sebab lelaki ini sangat baik dengannya.. dan mendapat restu dua2 pihak la... :-)

Sehingga tamat degree, kami sambung ke peringkat master... kebetulan masa tu, Ayu dapat offer jadi part timer tutor di UiTM Seri Iskandar... jadi la PJJ- Pertunangan Jarak Jauh... seingat aku, bermula pergolakan sedikit antara mereka.. tunangnya tak percaya kan Ayu... jeles tak tentu pasal... kebetulan Ayu ni jenis yang peramah... mmm... sehingga... suatu hari, Ayu call aku... masa tu aku tengah tido lagi... dia call, kata dia dah putus tunang... Ya Allah! terus aku terbangun.. duk tercongok atas katil... tak sangka... dah bertunang bertahun2 tapi putus jua... aku tumpang sedih... 

tapi tak lama lepas tu, Ayu berjumpa dengan jodohnya iaitu student dia sendiri... student dia ni dah kerja cuma baru je sambung study kat tempat dia mengajar... dorang bertunang sekejap... then terus kahwin... Alhamdulillah... dia lah kawan pertama dalam 6 KAMI yang kawin... :-)

Sekarang? dah ada 2 anak... semua "KAMI" tumpang gembira... Apa yang saya mahu kongsi tentang Ayu ni, dia seorang yang manja, tetapi diduga beberapa kali dalam hal cinta... sehingga kan title yang saya bagi kat dia, "Bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, kahwin dengan orang lain..." 


Itu bukanlah kata2 nista untuk dia.. malah, itu adalah satu penghargaan kepada kekuatan jiwa nya semasa mengharungi setiap "rasa" yang dilaluinya yang mana tidak pernah kami yang lain ini rasa... Kami sekadar memahami keperitan yang dia lalui... tapi tidaklah sehebat apa yang dirinya rasai... TAHNIAH untuk Ayu... Semestinya ko memang hebat pada perkiraan aku... Peace yo! 



p/s: cerita lagi 5, akan disambung... tunggu yer!




...Thank You... 
♥♥♥