Pages

Thursday, June 23, 2011

♥ Tentang Cinta 2 ♥

Thank you!!!

hari ni bukak balik gambar2 lama... memang rindu sangat... masa dulu rasa seronok sangat... best!!! masa tu tak de masalah pun... yang paling teruk pun masa nak exam... baru sibuk nak studi... kalau paper hari esok, hari ni baru sibuk2 cari nota... pastu, mula la menilik... menilik soalan mana yang keluar... wahaha!!!kalau nasib baik, soalan tilikan tu masuk, alhamdulillah... kalau tak, mmm... belasah ajer la...

so, ni nak sambung Tentang Cinta 2 plak... cerita tentang Siti... pun bukan nama sebenar... ;-)



Siti

Tentang Siti... boleh dikatakan glamer... ramai yang suka dia... mula2 register kat ITM Perlis, dah ada orang usha dia... classmate jugak la... mamat ni memang gentleman la... terus approach... hmmm... si Siti ni layan la... lagipun, macam mana nak elak... dah sah2 dia tu classmate, satu group plak tu... hubungan dorang ada lah sampai ke UiTM Shah Alam jugak... lama la jugak... tak silap aku, 4 sem jugak... 2 sem di Perlis, 2 sem di Shah Alam... macam mana terputus? mmm... mamat ni kena tendang sebab tak lulus math... 

Setahu aku, Siti bukan suka sangat kat mamat ni... ada sikap yang Siti tak suka... dan, aku kira Siti terselamat la dari "kongkongan" mamat ini selepas dia kena tendang... aku pun tak de la berdiskus secara panjang lebar tentang hal-hal cinta dorang....

Kemudian seingat aku, dia bercinta dengan seorang senior tapi dari course lain iaitu Civil Engineering... aku kira, agak serius hubungan dorang memandangkan aku pernah terdengar yang dia bercerita tentang abangnya pernah jumpa lelaki ini... dan abangnya yang bersikap protektif itu bertanya kat pakwe barunya ini adakah benar2 serius atau sekadar main2? dan jawapan lelaki itu pastinya, Ya.. Saya serius.... ahaks!!!

Tamat diploma, Siti tukar course... dari Sains Geomatik ke QS... Masih bercinta dengan pakwe dia tu... aku tak pasti waktunya, tapi tetiba aku dapat berita yang dia dah putus... rupanya ex dia tu adalah tunangan orang! adus... kenapa boleh jadi macam tu? Siti pergi jumpa tunang ex nya untuk kepastian... rupanya, selama ini, tunangnya ini la yang duk menyara ex Siti... huhu... dua2 kesian kan... Siti kena tipu perasaan... Si tunang plak, kena tipu duit.... 

Aku betul2 respek Siti... pada hari perkahwinan ex dia ni, dia pergi saja nak tayang muka... plus, dia nak bagitau yang rahsia ex dia ni dah terbongkar... Sepandai-pandai tupai melompat.... Pada aku, Siti ni memang cekal... dah la kena tipu, masih gagah untuk berdepan dengan semua tu... kalau aku? konfem tak sanggup nak tengok muka lelaki yang sengaja menghancurkan hati...

teringat masa dia mula2 putus, Siti, aku dan seorang lagi kawan pergi menjerit kat Konsert diRaja di Stadium Melawati Shah Alam.. kebetulan masa tu Aishah menyanyikan lagu, JANJI MANISMU... mmm.. elok benar la...


Aishah

Janji Manis Mu 

Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan

Hati membeku mengingatkan

Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang

Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan...


Kemudian... Siti bercinta dengan ex classmate kami masa diploma... rupanya mamat ni dah lama suka kat dia... cuma, dia bagi peluang kat mamat yang first tadi... ye la... kawan2... sekelas... teman makan minum... macam tak sanggup betray kawan sendiri la ni... :-)

Dorang bercinta sehingga Siti sambung master... sebelum submit final tesis, Siti bertunang... Dorang kahwin selepas Siti grad... sekarang, anaknya dah 2... Alhamdulillah...

Pada pengalaman aku sepanjang bersama, kisah Siti tidaklah complicated seperti Ayu.. Tapi dia masih digelar seorang wanita yang GAGAH... Gagah kerana aku tau hati dia yang baik, tapi telah ditipu lelaki yang tak bertanggungjawab... itulah perjalanan yang Siti perlu tempuhi... dan aku kira, sangat berbaloi sekarang kerana dia sangat bahagia dengan lelaki yang terakhir hadir dalam hidup dia... 


p/s: next, kisah siapa???


...Thank You... 
♥♥♥

No comments:

Post a Comment