Pages

Friday, August 12, 2011

♥ Sejam Perjalanan ♥


Thank you!!!

Semalam agak busy, tak sempat nak update perihal "dalam hati ada taman"... hari ni nampaknya sempat...lalala~ 
Keluar awal sikit dari rumah... kul 7.15 pagi dah mula berjalan... hampir 1/3 kawasan taman aku jelajahi... hehehe... baru nampak ramai orang exercise! macam2 aktiviti ada kat sini... rasa seronok sangat~ yippieee!!! \o/




group ni baru je abis buat tarian poco-poco

uncle ni sedang buat senaman tai-chi
kelebihan tai-chi: rawat sakit sendi [link]
extra info tai-chi [link]

nampak tak sekumpulan putih di seberang tasik?
tengah buat apa tu yer?
tai-chi jugak kot yer?


alahai... keciknya gambar... maklum la guna kamera hp saja...
mereka berdua sedang ber"badminton"
oh uncle ni sorang2 buat tai-chi
uncle ni pulak tak tau buat apa... lebih 5 minit "keras kejung" macam tu...
nampaknya dia tengah concentrate ye?
team ni dengan lagu rancak, ber"aerobik"
mungkin mereka ini adik2 dari sekolah agama kat depan tasik tu
~bertadarus Al-Quran~


inilah hasil sejam berjalan... best kan? masing2 dengan aktiviti masing2... secara tak langsung, rasa bersyukur berada di bumi yang bertuah nama MALAYSIA. Aman dan damai... Saya cintakan keamanan! 

dan aku juga cintakan rupa tanpa MEKAP!


...Thank You... 

♥♥♥

Wednesday, August 10, 2011

♥ Aku dan Refleksologi ♥


Thank You!!!


Hari ni sama macam semalam, pergi ke Taman Tasik Permaisuri. Dengan wajah yang ceria, aku parking tempat lain hari ni. Masuk je area tu, terus nampak tapak refleksologi. Dah lama ni tak berjalan atas tapak refleksologi. Apalagi, hari ni, aku cuba la berjalan. Nak test ketahanan kaki. (Orang kata, kalau rasa sakit tu tanda banyak penyakit).... Betul ker? 

Aku? Memang sakit! Dulu tak de la macam ni... huhuhu... :-(
Kat situ ada dua jenis tapak. Satu tu yang batu bulat2 dan satu lagi batu tajam2. Tak tahan dengan batu yang tajam tu, aku downgrade je kat batu bulat2... ulang alik kat situ jer... Aku tengok auntie tu relaks je berdiri atas batu yang tajam sambil sembang lagi... jeles3x! Tak apa.. kalau tiap2 hari aku exercise, mesti boleh improve ni. Go girl go! 



opsss... sempat ambil gambar tu... :-)


Apa itu REFLEKSOLOGI?

(aku search la sikit pasal refleksologi ni... aku copy dari 2 blog lain....)

Refleksologi ialah kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan tekanan pada titik tertentu pada kaki yang dipercayai seterusnya akan memberikan tindakbalas pada bahagian badan yang lain . Teknik ini boleh melibatkan kaki, kepala, telinga atau tangan. Walaubagaimanapun kaki adalah tapak yang paling digunakan untuk memulakan rawatan ini. [http://web.usm.my/sawan/laymen/epilepsi/reflex.htm]

Refleksologi adalah seni pemulihan semula jadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga dipercayai ada kaitan dan memberi gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan. [http://warunghotmama.blogspot.com/2011/02/refleksologi-kaedah-perubatan-kuno.html]

Lepas dah puas hati jalan2 kat tapak refleksologi, aku jalan pusing2 taman. Nak duduk, rumput basah sebab petang semalam hujan... Aku mengambil cahaya matahari sambil berdiri je la hari ni... syok jugak... sambil2 tu boleh la stretching sikit2... best3x!

dan hari ni nampaknya aku banyak ambil gambar SS... hehehe... hobi~ ♥♥♥















RAKYAT SIHAT, NEGARA MAJU!!! 



satu lagi yang seronok, pastinya keluar rumah TANPA MEKAP! fresh kan? Yippie!!! \o/




...Thank You... 

♥♥♥

Tuesday, August 9, 2011

♥ Aku Jatuh Cinta ♥

Thank You!!!


Hari semalam yang agak pasif... tak mampu langsung nak buat apa2 kerja... :-(
Makanya, semalam telah berniat untuk ke Taman Tasik Permaisuri... Al kisahnya, pagi tadi memang aku sampai ke situ... wah!!! fresh sungguh... seronok menyedut tenaga alam kat sini... buat aku jatuh cinta pada alam... hijau jer... cantikkan???







oppsss... ternampak bangunan opis lama la... peace yo!


tadi aku duduk kat sini la... di bawah sinaran matahari ... best sangat!
sedut tenaga matahari... \o/

tengok orang berjogging, jalan2, stretching, rasa macam bersemangat plak nak exercise... idea yang bagus kan? Niatnya nak jadikan habit datang ke taman ni... samada pagi atau pun petang... sangat bagus! Terasa berbeza berbanding semalam yang moyok jer... langsung tak boleh nak fokus... 

Okes! lepas ni cuba untuk commit dengan taman plak... kalau ada rezeki, boleh beli basikal dan cycling area sini... fuyoo!!! tak sabar rasanya~ lalala

ada lagi satu yang menjadi idaman hati... lepas ni kalau boleh nak keluar rumah tanpa mekap... macam kat bawah ni... original... ;-)



...Thank You... 

♥♥♥

Thursday, August 4, 2011

♥ Kisah Tudung Periuk ♥

Thank You!!!

Hari ni aku kembali menulis... dah lama tak jengah di sini... mungkin hari ni mood dah swing... kena cari tempat nak luahkan... sebab rasanya kalau aku bercerita saja, orang macam tak faham... :-(

sebenarnya, adakah aku yang terlampau cerewet? atau, mereka yang tidak sensitif? Meh aku tunjukkan sesuatu yang amat menakjubkan... tudung periuk yang telah dibasuh...




agak2 korang la... apa korang rasa kalau tengok macam ni? ni dah basuh ni... ini barang untuk masak makanan perut sendiri, macam ni punya bersih? mmm.... semput... walau bukan lah periuk aku, tapi aku concern benda2 yang kita guna untuk makan, jaga la betul2... 

Cuma nanti kalau kamu ada rezeki berkahwin, ada rezeki dapat anak, kamu masih nak seperti ini? kalau hidup sorang pun tak boleh handle, macam mana nanti? belajar la sikit2... supaya hidup kita lebih berkualiti... 

tapi sebenarnya aku lebih baik give up aja rasanya dari cuba membentuk insan2 yang dah terbentuk sendiri dengan gaya mereka. Hidup kamu pilihan kamu.



...Thank You... 

♥♥♥