Pages

Monday, June 11, 2012

Masalah Keputihan dan Jangkitan Kuman

“Keputihan’ yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.

Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.

1. Peranan lendir di dalam faraj
Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Di sebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.
Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.
Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.
Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.
Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.

2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?
Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.
Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.
Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.
Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang.
Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.

Sifat lendir yang normal
Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.

3. Keputihan sebagai tanda penyakit
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.
4. Jenis-jenis jangkitan kumanBeberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

i. Kuman
Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk

ii. Kulat
Kulat yang digelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.

iii. Virus
Virus seperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan.

5. Apakah bahaya jangkitan kuman
Di antara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.

6. Bagaimana kuman berjangkit?
Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman.
Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity).
Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya ‘gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.


sumber : link

Friday, November 25, 2011

♥ Aku dan Kertas ♥

Thank You!

Ada masa sikit nak buat entri baru. Tapi ni projek kertas yang dah berkurun. Projek masa kawin adik aku bulan 5 hari tu. Kira satu batch dengan kotak2 comel tuuuu... yang ni tercicir plak. Selamat melihat yer... :-)

Bahan-bahan:

Kertas pembalut hadiah (aku guna terbalik)
Pensil
Pembaris
Gam
Cutter
Gunting Corak 
Stapler
Riben (untuk hiasan)
Printer (untuk print nama pengantin!)




Hasil Akhir ;-)

Sebenarnya idea ni terhasil dari melihat video dari Youtube. Banyak kat situ DIY gift bag yang kita boleh belajar. Ini video yang aku refer masa nak buat projek ni... Comel kan??? :-)


Suka sangat barang-barang yang dia guna. Macam stamp tu. Kat mana yer nak dapat kat sini? 


...Thank You... 

♥♥♥


Tuesday, November 15, 2011

♥ Aku dan Masa ♥

Thank You!!!


Memang! Lama giler tak update blog. Sebenarnya ada je aktiviti tapi nak update kat sini macam tak sempat. Oh! Masa sungguh cepat berlalu...


Sekarang ni aku rasa macam-macam. 


1- nak jahit langsir
2 - nak buat almari
3 - nak bela kucing
4 - nak tanam pokok
5 - nak buat kotak lagi
6 - nak melepak malam 
(ada sesapa yang nak jadi tukang teman?)
7 - nak bercuti ke Johor 
(nak jumpa kawan lama)
8 - nak ambil kelas Mandarin
9 - nak ambil kelas buat kek/cookies
10 - nak join group sukarelawan
11 - MACAM-MACAM LAGI la..... hihihihi


********************************************

tapi semua tu belum lagi terlaksana... yang dah buat pun cuma:



1 - buat dadih





2 - melepak hujung minggu dengan ex-schoolmates
(main masak-masak spageti/puding caramel/kek coklat)





cuba teka aku yang mana satu?



3 - volunteer jadi penyambut tetamu di event senior

Izan~ Staf senior. I tukang sibuk kat meja ni la... lalalala

Pengetua sedang berucap~ Senior I la tu... :-)
Lepas setel, menghadap makanan. Lagi makanan? Makanan lagi?
dapat la jugak cenderahati untuk kenangan :-)

************************************************


Inilah antara aktiviti yang sempat direkod. InsyaAllah kalau ada projek lagi, boleh le update blog ni lagi. Semoga aku lebih bijak menguruskan MASA. Demi masa~

Sekarang dah akhir 2011... sungguh cepat masa berlalu, kan? 




...Thank You... 

♥♥♥

Wednesday, October 5, 2011

♥ Aku dan Dim Sum ♥

Thank You!!!

Minggu lepas entah kenapa teringin makan dim sum tapi tak nak beli. Nak makan yang buat sendiri. Makanya aku pun google la resepi yang paling mudah. Aku share link jer la yer... aku combine je dua2 resepi untuk jadi lebih mudah (nanti kalau complicated terus malas nak buat, kan?)


jadinya... inilah hasilnya selepas bertungkus lumus... 
yang lain tak masuk gambar sebab sambil buat, sambil try makan... :-D




Sangat berpuas hati
bukan dari segi rasa, tapi dari segi perasaan
rasanya? boleh tahan sebab lebih kurang je yang makan kat kedai tu... :p
so, next project, nak buat sushi la pulak... :-D


...Thank You... 

♥♥♥






Monday, October 3, 2011

♥ Aku dan Aktiviti ♥

Thank You!!!

Nampaknya semua kerja sudah siap. Makanya aku kebosanan. Ada barang2 'sampah' di sini menjadi bahan kerjaan aku la nampaknya. :p


Bahan-bahan buangan:

Foamboard
Sticker besar (kertas corak2 pun boleh)
Salotape
Gam 
Gunting
Cutter
Pembaris 
Pensil

dan.... inilah hasilnya...




hahahaha... seronok je tengok bila dah siap... :-)
lepas ni nak buat apa pulak yer? 
foamboard dan sticker banyak lagi ni.... ;p


...Thank You... 

♥♥♥


Thursday, September 29, 2011

♥ Bangun Tempat Lain ♥

Thank You!

HAhahHAHAHahHAHAHaa... Aku tak tau nak buat tajuk apa... :p

Apa cerita yer? mmm... sebenarnya otak tengah ligat berfikir. Nak kemas umah @ nak deco umah. Huk3x...Selepas dapat info yang sorang housemate nak keluar, maka otak ni ligat berfikir. Mana nak mula yer? Macam mana nak mula (memandangkan konfem aku sorang je la yang akan jadi tukang kemas)

Tapi seriusnya aku nak mengemas dan memberikan wajah baru kat umah tu. Aku memang yang jenis cepat bosan pada satu2 keadaan. Kejap katil tukar sini, kejap tukar sana. Bulan depan tukar lagi. Seeloknya aku ni kena nomad je. Setiap 3 bulan kena pindah. Kalau barang aku sekadar 1 beg jer, no hal la! :-)

Kalau ikut hati ni, nak aja aku mengecat umah tu... Rasa hati ni nak tukar perabot, tambah cabinet dapur... tapi bila fikir tak berbaloi plak bukan umah aku pun. Angan2 saja lah... huhuhu.. Oh... Bila la nak ada umah sendiri yer? Tak sabarnya....


Bila la nak dapat bilik macam ni???

Bilik zaman belajar dulu - 2006!
Semua nak pink purple jer... :p

Segeralah angan2 jadi kenyataan! Bila aku BANGUN TEMPAT LAIN. Amin~


...Thank You... 


♥♥♥


Tuesday, September 13, 2011

♥ Jom Cuba Menu Diet ♥

Thank You!!!

Ini menu diet yang di copy dari CariGold.com [link]
Jom sama2 kita buat dan tengok hasilnya! ;-)
Jia you!!!





Menu Seminggu Untuk Penurunan Berat Badan


Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


Rabu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu

Khamis
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai

Jumaat
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


Sabtu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad


Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren

Panduan:
-kurangkan atau elakkan mengambil nasi pada waktu malam
-elakkan dari makan malam selepas pukul 8.00-8.30 malam
-pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi fiber
-campurkan sayur-sayuran dan buah-buahan kegemaran dalam salad
-susu yang digunakan adalah susu rendah lemak atau susu skim
-pilih kari tanpa santan atau jika kari bersantan, kurangkan pengambilan kuah
-nasi/mi goreng/hailam/sup/tomyam perlu dilebihkan sayur
-1 ketul ayam atau daging atau ikan merujuk kepada saiz 1 kotak mancis
-amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
-kurangkan minuman manis terutama kordial dan minuman berkarbonat






...Thank You... 

♥♥♥

Friday, September 9, 2011

♥ Bukan Cinta Biasa ♥

Thank You!!!

Pagi2 ni tak de apa story pun... cuma diriku telah membuat sedikit exercise membakar lemak.. hahahaha!!! seronoknya.... slim slim slim ya!

dah sudah exercise, godek2 lagu lama kat youtube... tetiba teringat kat lagu ni... :-)


BUKAN CINTA BIASA ~ Siti Nurhaliza

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang ingin ku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masaalah pun takkan sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu di paksa
Tak perlu di cari
Kerna ku yakin ada jawabnya...ohhh

Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin,
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu
Jawabnya

Janji terikat setia
Masa mengupas segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata..ohh

Andai ku mampu mengulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir
Tiada terduga
Hanya yakin menunggu
Jawapan...

Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu di paksa
Tak perlu di cari
Kerna ku yakin ada jawabnya...ohhh

Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu
Jawabnyaohhh

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata..ohh

Andai ku mampu pulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir
Tiada terduka
Hanya yakin menunggu
Jawapan...

**************************************************


sedang ber"ekperimen" untuk proses whitening, slimming & firming
nanti2 kita share yer... :-)



...Thank You... 

♥♥♥

Thursday, September 8, 2011

♥ Selepas Hari Raya ♥

Thank You!!!

Hampir sebulan sibuk dengan urusan "dunia", sekarang kembali normal. Baru lah sempat nak update perihal2 peribadi.. \m/

So, macam mana dengan raya? mmm... pastinya makan itu ini yang menyebabkan badan bertambah jisim... gagagaga... ini I tak suka ni... :p (dan dengan itu mulalah aku meng"google" produk2 yang boleh mengembalikan aku seperti remaja. Ahaks!

Cantik cantik cantik!!! itu saja yang aku ingat. Muka dan badan kena sentiasa cantik.. huhuhu... sekarang muka dah makin membulat... waaaaa!!!! tak pers... kita guna saja produk yang dah ada di samping mengawal makan (di samping tu boleh la berjimat cermat kan? ada orang miskin, nak makan pun tak boleh kan?)

ini lah muka yang dah tembam... :'-(

antara produk yang aku guna, dan OK sangat untuk pemakanan seimbang adalah HERBALIFE
Muka aku nampak tirus sikit, aku guna krim LUMIGLOW

sekarang aku sedang berusaha untuk menjadikan kulit seluruh badan jadi sekata...
kalau ok, akan ku kongsikan rahsianya di sini untuk wanita2 yang suka cantik! ;-D


...Thank You... 

♥♥♥

Friday, August 12, 2011

♥ Sejam Perjalanan ♥


Thank you!!!

Semalam agak busy, tak sempat nak update perihal "dalam hati ada taman"... hari ni nampaknya sempat...lalala~ 
Keluar awal sikit dari rumah... kul 7.15 pagi dah mula berjalan... hampir 1/3 kawasan taman aku jelajahi... hehehe... baru nampak ramai orang exercise! macam2 aktiviti ada kat sini... rasa seronok sangat~ yippieee!!! \o/




group ni baru je abis buat tarian poco-poco

uncle ni sedang buat senaman tai-chi
kelebihan tai-chi: rawat sakit sendi [link]
extra info tai-chi [link]

nampak tak sekumpulan putih di seberang tasik?
tengah buat apa tu yer?
tai-chi jugak kot yer?


alahai... keciknya gambar... maklum la guna kamera hp saja...
mereka berdua sedang ber"badminton"
oh uncle ni sorang2 buat tai-chi
uncle ni pulak tak tau buat apa... lebih 5 minit "keras kejung" macam tu...
nampaknya dia tengah concentrate ye?
team ni dengan lagu rancak, ber"aerobik"
mungkin mereka ini adik2 dari sekolah agama kat depan tasik tu
~bertadarus Al-Quran~


inilah hasil sejam berjalan... best kan? masing2 dengan aktiviti masing2... secara tak langsung, rasa bersyukur berada di bumi yang bertuah nama MALAYSIA. Aman dan damai... Saya cintakan keamanan! 

dan aku juga cintakan rupa tanpa MEKAP!


...Thank You... 

♥♥♥