Pages

Saturday, July 2, 2011

♥ Apa Ada Pada MUG ♥

Thank You!!!


Topik yang pelik ker? mmm... aku sebenarnya konfius... sering aja aku tertanya sendiri, aku ni berpenyakit ker? huhuhu... hari ni aku nyatakan salah satu penyakit aku iaitu, tentang MUG... aku ada beberapa mug dan aku kira tu hak eksklusif... aku suka kalau orang tau yang mug ni hanya aku jer yang boleh guna... unless diberi kebenaran guna (selalunya adik beradik yang datang, aku bagi guna)... 

Mug ni, mungkin orang kata tak mahal, cuma RM17.. tapi pada aku cukup mahal untuk aku pada waktu tu aku masih student dan untuk sebiji mug, PERLU KE HARGA Rm17??? yang penting aku beli ni sebab aku cari mug yang kaler pink purple ni... merata cari... last2 jumpa jugak kat MPH Mid Valley... ingat lagi, masa tu akhir 2005... kalau orang lain tengok maybe biasa jer... tapi aku memang sayang sangat mug ni... 

dan... untuk kesekian kali, mug ini telah dicabuli haknya oleh housemate aku... aku heran jugak... kenapa dalam banyak2 mug, dia perlu ambik yang ni... rasanya kat dapur tu, ada 10 lagi mug yang boleh dia pilih... aku kira, mungkin dia tidak sensitif dengan sekeliling... tak mungkin dia tak pernah tengok aku jer yang guna mug ni... last skali, aku terpaksa la menyatakan secara berdepan semalam... 

"sori yer... mug ni barang personal... dan 2 yang ini..." sambil aku tunjukkan 2 lagi mug aku.. 







3 mug kesayangan...

1- Pink purple ~ AKU SAYANG KAMU SUNGGUH~ Hand Painted in Thailand 
2- Avon ~ rembat yang adik punyer... suka sebab ada lid... 
3- Vantage ~ sepasang dengan pinggan... suka sebab saiznya besar...
(pinggan pun hak eksklusif)


Kenapa aku bersikap demikian? Kenapa aku harus terlalu "berkira" tentang mug? oh... telah aku cuba untuk tolerate, tapi hati aku tetap tak mampu nak membenarkannya... penyakit apakah ini? Adakah aku sorang jer yang berperangai demikian? atau ada orang lain juga sama dengan aku? boleh share???





...Thank You... 

♥♥♥


No comments:

Post a Comment