Pages

Monday, July 11, 2011

♥ Suka yang CANTIK Ajerrrr ♥

Thank You!!!



Hari ni aku nak tanya tentang JERAWAT... rimas kan? kalau ada satu kat muka pun dah susah hati... atau, ada sesapa yang tak kisah pun... atau kisah, cuma BUAT-BUAT tak kisah? aku? oh.... memang kisah... kalau boleh nak kulit muka cantik macam pelakon Korea tu... hihihihi... 

Sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal jerawat tu... cuma aku nak bagi perbandingan sikit... kalau muka kita ada jerawat, kita rasa susah hati... tapi kenapa ada orang tak kisah pun pasal kebersihan sinki??? aku tak suka la nak komplen tapi... dah lama aku bertahan... dah akhirnya aku hanya mampu meluahkan kat sini jer... 

korang boleh tak bayangkan, kalau sebiji jerawat itu menjengkelkan... sama la dengan sebiji nasi yang terbiar dalam sinki tu... cukup menjengkelkan aku... sama juga dengan percikan minyak bila menggoreng... HELLO adik2 yang suka sangat CANTIK di luar rumah, memang kita tak boleh nak halang minyak tu terpercik... tapi kita boleh LAP kan? sama jugak dengan sisa dalam sinki... takkan la kalau makan ayam, nak tinggal tulang dalam sinki... kalau makan carrot, carrot ada dalam sinki... kalau makan udang, kulit udang ada dalam sinki....

AIYYYYOOOO!!!! muka korang sikit punya jaga... pantang ada minyak, lap... pantang ada jerawat, cari ubat jerawat... nak lawa lagi, tepek bedak, eyeshadow bagai... warna warni... tapi kat sinki, tak payah la tinggal warna-warni yang tak perlu tu.... agaknya, kalau sinki boleh bercakap, apa dia nak kata kat korang yer?

Kalau ikut cerewet aku, kawasan sinki pun kena kering... susun pinggan ikut jenis/saiz dan tersusun... tapi tu aku kira dah advance la... untuk yang basic ni, tolong la jaga kebersihan sinki dan dapur... tolong la buang sisa dalam tong sampah dan tolong la lap dapur lepas guna... bukan susah adik oiiii... tak ambil masa lama pun.... sambil2 buat air pun boleh... tak perlu ada masa khas untuk buat semua tu... 

benda2 macam ni rasanya kita sendiri la alert... walaupun adik2 tapi bukannya sekolah rendah pun... dah boleh nampak dan fikir sendiri... kalau ada yang tegur, bukan ker itu boleh mendatangkan keadaan yang lebih tak selesa... ye la... takkan nak bagi tau, "nanti bersihkan sinki tu"..."nanti minyak2 ni kena lap..." itu lebih menyakitkan hati kan? 

at least, kita observe sendiri la keadaan semasa kita masuk dapur dan selepas... kalau semasa masuk tu kita nampak CANTIK, so, kita keluar pun buat la macam tu jugak... tak suruh buat yang extra pun... 

ohhh.... kadang2 rasa nak hidup macam orang lain... yang jenis tak kisah... tapi, aku memang tak boleh walau telah aku cuba untuk ignore... aku kah yang cerewet? huhuhuhuhu.....

p/s: ni baru bab cantik luaran... macam mana dengan cantik dalaman? aku pun sedang berusaha untuk menjadi cantik dua-dua sekali... hati mau bersih... amin....


...Thank You... 

♥♥♥

No comments:

Post a Comment