Pages

Monday, April 4, 2011

♥ Harta Dunia ♥


Thank You!!!


Hari ni topik tentang harta dunia la... sape-sape pun suka kan? Hehehe... lagi suka kalau harta tu kita lah tuan punya!!! Aku kaya!!! Semua orang seronok@sibuk mencari duit (termasuk aku ler)... tak putus-putus idea untuk dapat duit... macam-macam idea kat kepala ni...

Tapi... setakat idea, tak ke mana-mana la kan... macam angan-angan Mat Jenin... angan-angan tu sebenarnya adalah idea-idea... sejauh mana angan-angan/idea-idea ni berkembang? Dari situ la kita boleh dapat HARTA DUNIA... (tapi kalau sebelum berangan tu atas pokok, sesudah berangan pun masih atas pokok???) apa kes??? Idea tu bukan lagi idea bernas...malah idea hampas... orang lain curi idea kita pun dah kaya..kita kat atas pokok lagi... ceh ceh ceh... pandai aku yer!!! (kata kat diri sendiri ker?)

Sebenarnya, idea/ilham tu, tak semua orang dapat... kita selalu tengok@seronok dengan kejayaan orang lain...  sebagai contoh, bloggers yang dah berjaya dapat puluh-puluh RM sebulan hasil dari blog jer!!! (panas tak panas???)... ada yang glamer tu..sape eh... REDMUMMY...kan..kan... mesti kita pernah terdetik, “kalau la aku kat tempat dia...”, “kalau la aku pun buat macam dia...”... macam-macam "kalau" la keluar kan... hehehe.. sebenarnya, dia pun bermula dari zero.. sama macam keadaan kita yang baru nak mula... bezanya, dia dapat ilham itu lebih awal dan dia BERTINDAK!!! Kalau dia dapat ilham tapi tak bertindak, dia sendiri tak dapat sampai ke tahap ini... glamer you!

Sama jugak dengan kisah Mat Jenin... BERANGAN dan BERTINDAK lah... Kita mungkin diilhamkan dalam bentuk yang berbeza kerana tahap imaginasi ataupun kreativiti ataupun skill kita masing-masing berbeza kan? Maka idea itu tetap betul walau orang lain cuba reject... gurlp!!! (Sapa ingat sejarah resepi KFC dijual?).. senyum saja pada yang reject kerana akal fikiran kita sudah pastinya berbeza... kalau semua orang mempunyai akal yang sama, alamak!!! Tak berkembanglah dunia... kalau semua orang mempunyai skill yang sama, agak-agak macam mana yer?

Bayangkan... kalau semua jadi arkitek? Erk! Bila la umah aku boleh siap yer? Floor plan jer ni... Bayangkan kalau semua chef tau masak tom yam jer... huhu... kita tengok tom yam tu, jangan kata nak masuk mulut, mata yang tengok ni pun dah tau rasanya macam mana... bayangkan kalau semua cikgu mengajar Math (subjek paling popular... cikgu pun popular)... agak-agak, dorang tengah discuss equation mana ek hari ni? Hehehe...

Itu semua contoh bodoh-bodoh ler.. bayangkan saja dunia kita begitu... flat nyer!!! (aku ni kuat berangan kan? Maybe sebab pendidikan awal aku kat Sekolah Kebangsaan Berangan)... Hahaha... ada kena mengena ker? ;-) Indahkan dunia ni... macam-macam corak dan warna ada... kita warna apa? Warna EMAS !!! (sah... gila harta dunia ni...)



Berbalik tentang harta dunia... Semua yang kita buat hari ni, apa yang kita angankan adalah bagaimana nak kumpulkan HARTA DUNIA... (pendapat peribadi yer)... macam-macam yang kita fikir untuk dapatkan duit... tak cukup dengan kerja 8 jam, “boss, kalau ada overtime bagus jugak...” opss... aku sorang ke macam ni? Positif..positif..positif... aku ni workaholic@mata duitan... MasyaAllah... ;-)

Tambah-tambah sekarang ni dunia di hujung jari... semua online... shopping pun online.. (teringat kat sorang pelanggan mak aku masa kat kedai, katanya, dunia sekarang ni dah tak mesra macam dulu... membeli pun tak tengok muka.. semua online... terputus silaturrahim secara zahir... berbeza dengan dulu, kenal sekeliling... sekampung dah macam adik beradik)... aku hormat pada pandangannya.. ada benarnya kan? ZAMAN DAH MAJU... DUNIA DAH BERUBAH...(ni iklan ker apa ek...lebih kurang gitu la gamak ayatnya...)

Berbalik isu ONLINE, maka yang bijak ambil peluang, membuka GEDUNG di internet... tengok saja FB... wah... itu memang lombong emas! Semua ada kat FB.. dari atas kepala hingga la hujung kaki.. hujung kuku pun ada... dalam mata pun ada (contact lenses la tu)... tudung, baju, kasut, perfume, detox patch, air kopi, biskut raya... itu dari segi produk... dari segi offer skill, berlambak la photographer untuk majlis kawin ni kat FB... kek kawin... gubahan hantaran.. jahit manik... ish.. tak larat la nak list semua... korang tengok la sendiri meriahnya dunia perniagaan kat FB... mudah kan dunia sekarang untuk buat duit@harta dunia ni... seronok sangat tengok mereka ni... bijak mengambil peluang atas platform yang free... free tu! Tak payah nak sewa-sewa kedai, tak payah nak tanggung kos advertisement bagai... jimat seh.... Go go go!!! Malaysia boleh !

Tapi.. kadang-kadang aku terfikir... untuk apa harta dunia ni? Ke mana kita nak bawa? Itu yang penting... bila aku fikir sejenak, dua jenak dan berjenak2 la memikirkannya...(memandangkan aku pun dah lebih suku abad), aku tengok, kehidupan keluarga terdekat aku sendiri... tentang seseorang... dia bukanlah pakar ekonomi, lawyer, doktor, ahli politik atau sebarisan dengan dunia korporat la.. dia cuma orang kampung biasa yang pernah makan gaji dan sekarang makan duit pencen jer... sikap positifnya, dia tak pernah bersenang lenang membuang masa tak tentu arah... walau dia makan gaji, dia tetap luangkan masa untuk mengerjakan kebun-kebun getah, ladang kelapa sawit, kebun durian, rambutan... macam-macam kebun la.. dari muda sampai sekarang yang dah tak muda, dia sentiasa berbudi kepada tanah...

Dia tetap hidup biasa... malah aku rasa kalau orang tengok dia, mesti ingat dia tak de pape@miskin la... mmm... Memang!!! Memang realiti nya dia “miskin”... sebab harta-harta itu hanya disimpan@dikumpul... Aku selalu tertanya, untuk apakah? Untuk apakah dia mengumpul harta? Untuk anak-anak@cucu-cucu? Aku tak pernah merasakan begitu...  tiada pun yang menunggu hartanya... dan tak berharap pun dengan berpuluh-puluh ekar tanahnya... Cuma di sini yang aku cuba tekankan, untuk apakah HARTA DUNIA ini dicari dan dikumpul?

Sedangkan dunia ini pasti kita tinggalkan... PASTI... adalah lebih baik seandainya dengan tanah itu, boleh memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang rajin dan mahu berbakti kepada tanah juga (ye lah.. tak semua orang sekarang nak toreh getah@skill pun tak de)... sekali lagi aku tertanya... untuk apa dia kumpul harta dunia? Sampai sekarang aku masih belum mendapat jawapan yang relevan (dari segi gaya hidup vs harta yang ada)

Tapi aku yakin... ada orang yang kumpul harta dunia untuk urusan dunia yang boleh menjamin tempat yang selesa di akhirat kan? Dan jika aku pun berharta, niat aku begitu... boleh la tolong mana-mana yang patut dari segi pertumbuhan ekonomi keluarga, kampung dan masyarakat sekitar (negara tu besar sangat..belum terdaya tu)... step by step... daripada kecik ke besar... dari pembentukan ekonomi sekitar ke ekonomi negara mungkin? (berangan!! Teruskan berangan...kata sekolah kat Sekolah Kebangsaan BERANGAN)

TAPI... ada satu soalan lagi... ANDAI KATA@SEKIRANYA kita dah memiliki harta yang banyak atau senang cerita, kalau la aku mewarisi harta berpuluh-puluh ekar tanah pada masa akan datang, adakah aku masih dengan NIAT MURNI tadi? Guna harta sekadar keperluan, selebihnya serahkan pada orang yang memerlukan? Atau aku akan kabur dengan keseronokan dunia sehingga lupa harta dunia tidak akan ke mana... penuhkan akaun-akaun sendiri sampai cecah limit la... semua boleh jadi kan? Sebab aku pun manusia biasa...

Selingan... Siapa ingat kisah di zaman Nabi Muhammad s.a.w, sehingga Allah memerintahkan kita mengeluarkan zakat? Cer citer...cer citer kisahnya... Rasanya semua pernah terbaca kisah itu kan? Makanya, aku berdoa agar aku banyak harta dunia untuk dikongsi bersama orang yang memerlukan... Bak kata seorang sahabat;

>>> gunakan dunia untuk akhirat <<<

pernah juga sahabat utarakan kisah Bonda kita Sayyidatina Khadijah untuk aku fikirkan... (sama-sama la kita fikir ek...)

Sayyidatina Khadijah  itu betapa tak tergambar pengorbanan dia, seorang yang dianggap puteri terhormat, bangsawan, hartawan Quraisy, saat dia di nafas-nafas terakhir, dia kata ya Muhammad s.a.w, kalau boleh kau jual tulang temulang aku untuk kerja-kerja  kau, kau juallah...

Di antara yang terkaya dalam Mekah sebelum kahwin dengan Nabi s.a.w, adakah Nabi s.a.w ni pembawa malang? pembawa derita?

Aku bagaimana? Semoga sekuat itu aku serahkan segala jika ia dijalan Allah.. Amin...

p/s 1 : kumpullah harta dunia untuk akhirat... Thanks my dear friend... 
p/s 2 : sesiapa yang nak berkongsi harta, boleh la kita hello2 yer... ;-)



THANK YOU !!!
 ♥♥♥

No comments:

Post a Comment