Pages

Tuesday, April 26, 2011

♥ Keliru ♥

Thank You!!!


berapa lama yer ta tak menjenguk blog ni... sebenarnya aku sakit gigi... Ya Allah... sakit sangat! sakit... boleh membawa kita kepada keinsafan untuk dosa2 lepas kan? 

selama sakit tu jugak la aku tak mampu buat apa2... hmmm.. kerana sebatang gigi, aku terasa semua nikmat ditarik... makan dan tidur pun tak mampu... speechless....

sebenarnya... hari ni setelah aku dikurniakan kudrat-Nya... aku menulis dengan topik KELIRU... keliru tentang apa yer???? =)

banyak jenis kekeliruan sebenarnya... sepanjang hidup ni, kita selalu berada di simpang jalan kan? dan... kita tak tau nak pilih arah yang mana... keliru lagi dan lagi... teringat aku masa dapat offer lepas  SPM... sebenarnya aku ditawarkan kursus yang aku tak mintak... DIPLOMA SAINS UKUR DAN GEOMATIK (SUMBER ALAM) aku langsung tak de idea apa jenis course yang aku akan belajar nanti... aku tetap mendaftarkan diri... 

sedih? mula-mula dapat tawaran, sedih la... mungkin sebab semua kawan2 lain ke U... aku ke ITM... itu pun dapat course yang aku tak pilih... (tapi, tak lama lepas aku register, nama ITM ditukar ke UiTM)... amek ko nak sangat U... terus dapat.... tak semua orang rasa kan? balik kampung masa cuti semester pertama tu, ayah aku tanya, "skang dah jadi U... dah tak sedih la?"

tapi sebenarnya... berada di sana... indah... sangat indah... bersama kawan-kawan baru... dari macam2 negeri... tak kisah "I" ker.. "U" ker... sama jer... aku tetap aku bersama kawan-kawan dan lecturer yang baik2... kalau ingat sekarang, memang nak patah balik jer... dan course yang aku belajar tu pun menarik apa! 

jadi... KELIRU masa awal-awal tu cuma sekejap saja... yang penting, kita BUAT KEPUTUSAN... mungkin kita keliru kerana kita terlampau banyak fikir itu ini yang tak sepatutnya kita fikir... mungkin kita fikir, kalau kita amek jalan ini, kita akan jumpa jalan mati... realiti kehidupan, tak de jalan mati... kita pasti akan dapat harungi semua dengan izin-Nya... 

jadi... sesiapa saja yang gundah gulana, keluh kesah, SENTIASA lah berlapang dada... teruskan bergerak... yang penting, kita dijalan yang BENAR... semoga kita sentiasa ingat untuk memohon petunjuk ALLAH... kerana kita bukan sesiapa yang pasti akan sentiasa KELIRU... 


...Thank You... 
♥♥♥




3 comments:

  1. hai dear... skang ni busy dengan projek sendiri... nanti i upload pics... hehehe...

    ReplyDelete
  2. kakak, blh tak explain pasal diploma sains geometik sumber alam nihh ? tak pasti sebenarnyaa. actually sya pon dapat kos nihh !

    ReplyDelete